Tuesday, February 1, 2011

.::BuMI mEsIR beRgoLak::.

2/2/1011
3.15 p.m isnin:
aku masih lagi tidak tido mendengarkan kahabr berita dari mesir yang bergolak sekrang yang ingin menjatuhkena kerajaannya sendiri yang dipimpin oleh husni mubarak. mereka ingin bersihkan kerajaan mereka dari segala kezaliman yang telah dibuat oleh mubarak. sya melihat perkembangan dari masa ke semasa melalui internet melalui
http://english.aljazeera.net/watch_now/2007829161423657345.html
tv al jazeera,,
sehingga sekarang dekat sana sudah malam,, dari pagi tadi ribuan rakyat mesir yang keluar protest masih lagi berada di tempat protes untuk menggulingkan kerajan diorg,,,
semangat yang berkobar-kobar dalam perjuangan diorg inginkan kerajaan yang bersih,,
suara mereka masih lagi kehangatan inginkan mubarak kelauar.. laungn diorg..
""kalau mubarak x keluar.. maka kami akan protes""
itulah suara yang di lakukan hanya di jalan raya sahaja untuk memastikan mubarak keluar dari mesir.
smapai sekarang,, pemberita di aljazeera membuat liputan yang tidak putus-putus untuk memastikan
 maklumat dan info kepada dunia.
dan inikah mungkin satu petanda malaysia akan berlaku seperti itu juga untuk PRU yang ke-11 ini,.,,,
polis dan askar yang menghalang pergerakan protest susah  mengundur diri,,,,
protest ini adalah aman,, dan ini juga suatu bukti bahawa kebangkitan pemuda-pemudi yang bersama-sama protes membuat rusuhan tan rasa takut dan gundah dalam memperjuangkan hak diorg yang terkubur lama. hanya melalui jalan sahaja mereka boleh menyuarakan hak diorg.
ini juga menampakkan semngt remaja yang mula paham tentang isu berkaitan kerajaan.
mahasiswa yang berada di malaysia juga turut bersama memberi sokongn untuk menyuarakan hak sebagai mahasiswa.
jalan raya menjadi pilihan rakyat mesir untuk menunjukkan demokrasi diorg kepada kerajaan,,
""Get OUT mUBARAK??
maklumat ini sampai ke seluruh dunia sudah,,,
tapi seya teringt kan nasib sahabat-sahabat saya yang berada di mesir yang belajar dalam bidang agama,
berita terbaru, najib menganak tirikan pelajar yang mengambil dalam bidang agama dan mngambil pelajar dalam bidang medic di mesir untuk pulang ke malaysia. kenapa mesti di anaktirikan benda nie,,, sedangkan pelajar agama di mesir juga adalah rakyat malaysia.
apa sebenarnya yanng dinginkan oleh pengerusi ioc itu,, adakah ini di namakan perjunangan islam,,
mereka bercakap tentang islam,, tetapi seolah2 menolak islam.. dan berita terbaru juga,, ada juga rakyat malaysia yang sudah terbunuh.. kerana peluru sesat.. moga mato sahabat -sahabat ini dalam mati yang syahid,,
takkkbiirrr!!!!

Monday, January 31, 2011

.::Nik Aziz pertahankan dakwaan jahiliah ::.



KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa terdapat masyarakat di negara ini yang masih tidak memahami perkataan jahiliah sebagaimana yang digunakannya semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. 

Katanya, setelah 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami Islam sehingga perkara yang paling asas seperti soal larangan bersalaman antara bukan mahram dipertikaikan. 

“Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliah. Ada yang marah saya apabila saya membangkitkan soal jahiliah. Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliah. 

“Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliah walaupun tidak memakai nama jahiliah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi Pas itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang yang dikatakan Mursyidul Am dan dipanggil ustaz. 

Nik Aziz turut mempersoalkan sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang menghentam beliau semasa mengeluarkan kenyataan jahiliah. 

“Kita dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika Timbalan Perdana Menteri sendiri menyebut Pas tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam, UMNO pula bagaimana?” katanya.

Sunday, January 30, 2011

.::BicAra KaTa::.

Manis bicara indah tutur kata 
Tak seindah rupa pengertiannya 
Lembutnya lidah mengata nista 
Lidah yang tiada bertulang 
Mengadu domba 
Serta memfitnah sesama saudara 

Terkadang aku berfikir sendirian 
Perlukah amarahku dibiar terus menyala 
Membakar membara dengan rasa bangga 
Mencela mereka dengan kata-kata 

Kata ibarat pedang 
Yang tajamnya bisa membunuh lawan 
Kata-kata yang berhikmah 
Menyedarkan kita 

Kata madah pujangga 
Bisa menjadi pedoman manusia 
Jagalah bahasa kata kita 
Jangan disalah guna 

Yang merah itu saga 
Yang kurik itu kendi 
Yang indah itu bahasa 
Yang cantik budi pekerti 

Terkadang aku mentaksir manusia 
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati 
Mencerca, menghina, dustanya bicara 
Menyusun nista dengan kata-kata 

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi 
Terlajak kata buruk padahnya 
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi 
Terlajak kata hilang percaya 
Hilang percaya...